Saturday 7 December 2013

Tanah Itu.

dia melangkah keluar dari bilik air. pintu bilik air ditarik, lantas dikunci dari luar. dia menarik tuala yang disangkut pada tengkuk, kemudian digosok-gosok pada rambutnya yang basah.

'hah. segar.' 

tiba-tiba, sayup-sayup telinganya menangkap bunyi deringan telefon bimbit dari arah biliknya di tingkat atas. 'Allah! dia janji nak call'. gerakan tangannya terhenti. langkah dihayun ke tangga. laju. hilang sudah segala keayuan. ceh. 

hampir saja dia merempuh pintu bilik. pandangannya jatuh pada telefon bimbit yang terletak elok di atas katil single di sudut bilik. secepat kilat, tangannya menyambar sony ericsson miliknya. 'withheld' terpapar jelas pada skrin. ibu jari kiri menekan butang hijau. talian bersambung.

"Assalamualaikum." dia menyapa, dengan senyum terukir di bibir tanda bahagia. badan direbahkan ke katil.
mereka saling bertanya khabar dan bertukar cerita setelah sekian lama cuma berhubung melalui kotak bual di muka buku.

***************************************************************

talian diputuskan. kedudukan badan yang tadinya berbaring, diiring ke kanan. telefon di tangan kiri, diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. bantal di sisi dipeluk, erat. satu keluhan dilepaskan. dia meneguk liur.

'Tuhan. rezeki aku itu, di mana? di sini, di sana, atau di jordan? Ya Allah, tetapkanlah bagi aku apa yang terbaik untuk dunia dan akhiratku, Ya Rabb. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk diriku, keluargaku, ummah, Islam, juga negara. kurniakan aku kesabaran, sehingga sampai saat itu, ya Allah. amin.'

mata dipejam. tanpa sedar, dia mengeluh lagi.

tanah itu. bukan dia tak ingin sampai ke sana.
sangat mahu. hanya Allah yang tahu. 
tanah itu. tanah dia dilahirkan.
tanah yang dia tinggalkan saat dia masih belum mampu mengingat. 
tanah itu. yang tercatat pada sijil kelahirannya.
Madinat Nasr, Cairo, Egypt.
tanah yang dia tak punya memori mengenainya, melainkan cerita yang dia dengar,
apa yang dibaca, dan gambar yang dia lihat.
melihat sendiri tanah itu, dia belum pernah.

'Tuhan,sampaikan aku ke tanah itu. walau cuma sekali.' doa dipanjat lagi. 

sebenarnya, doa itu kerap dipinta. namun, menjalani hidup sehari-hari, adakalanya dia terlupa akan perkara itu. dan panggilan tadi, menyebabkan hajatnya yang satu itu kembali mengganggu fikirannya.



mata dikatup rapat. nafas ditarik dalam. dia cuba menelusuri, menjenguk, berbicara dengan hati sendiri.

'Hati.
Redhalah.
Aku ingin redha.
Aku perlu redha.
Kerna aku tahu,
Takdirku di Tangan Dia.
Dia menetapkan takdir dgn ilmuNya.
Dia menetapkan takdir dgn kasih sayangNya.

Tuhan,
Tanah itu,
Tanah idaman ramai orang.
Tanah idaman penuntut ilmu.
Tanah idaman aku juga.
Aku ingin sekali,
Menjejak tanah itu.
Melihat sendiri suasana,
Tempat aku dilahirkan.

Tuhan, 
aku percaya pada susunanMu.
susunanMu itulah yg terbaik.
Maka, ku serahkan segalanya padaMu, Ya Rabb.
Moga, Kau berikan aku peluang ke sana.
Walau sekali cuma.

Tuhan,
Sabarkan aku,
Kuatkan aku.
aku mahu yakin.
aku mahu percaya.
dengan perancanganMu.

Tuhan, jagakanlah tanah itu.
Jagakan saudara-saudaraku di sana.

Aku tahu, jagaanMu sempurna.
amin, ya Rabb.'

hati kembali tenang. mata dibuka.
tanpa dipaksa, senyuman terukir lebar. 
terima kasih, Allah.
:)


p/s : kamu yang menelefon dari sana, merangkap sepupu yang paling akrab, 
terima kasih. :)
jangan lupa, doakan orang di sini. 

No comments:

Post a Comment