Friday 24 July 2015

tunduk

Sebab tak selalu, apa yang terbaik itu adalah apa yang kita mahu.
Dan kadang, Allah tak memberi yang kita mahu. Tapi Dia memberi apa yang kita perlu.

Moga dilapangkan hati kita untuk tunduk menerima ketentuan Dia.

Kerana di awal dan di akhirnya, kita hamba. 

kuatlah, sayang. 
Allah ada.
:')


mms
240715

12 pujuk

#1

"this place is design to break your heart. 
If you're looking to be happy in the dunya, you're in the wrong place "


#2 


      “PENGORBANAN YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: MENGORBANKAN JIWA, HARTA, MASA, KEHIDUPAN DAN SEGALA SESUATU UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. TIDAK BERLAKU JIHAD DI DUNIA INI TANPA PENGORBANAN BERSAMANYA. SEBARANG PENGORBANAN UNTUK MEMPERJUANGKAN FIKRAH KITA TIDAK AKAN SIA-SIA, MALAH MENDAPAT GANJARAN YANG BESAR DAN PAHALA YANG BAIK DARI ALLAH SWT. SESIAPA YANG TIDAK MAHU BERKORBAN BERSAMA KITA, BELIAU TELAH BERDOSA. FIRMAN ALLAH SWT: 
MAKSUDNYA: “SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG-ORANG MUKMININ JIWA-JIWA MEREKA DAN HARTA-HARTA MEREKA…”


#3


" .. hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan balasannya tanpa batas."

" dan aku diperintahkan untuk menjadi yang pertama berserah diri."

- Az Zumar


#4

" what is with you must vanish. what is with Allah will endure. And We will certainly bestow on those who patiently persevere, their reward according to the best of their actions " 16:96


#5

"you will never give up a thing for the sake of Allah, but that Allah will replace it for you with something that is better for you than it." 


#6 

"And so sometimes, the 'something better' is the greatest gift : nearness to Him."

"Allah takes, in order to give. but, it's crucial to understand that His giving is not always in the form we think we want. He knows best what is best."

- Reclaim Your Heart


#7

kerana hidup ini perjuangan, ia tak mudah.

kerana pilihan pilihan kita, dinilai Tuhan tiap satunya.


#8

ikhlaskanlah.

agar tiap pedih yang mencengkam,
tiap air mata yang mengalir laju,

Tuhan redha tiap satu.


#9

bersama ujian Tuhan, selalu Dia kirimkan kekuatan.


#10

kerana sejak dari awal penciptaan hingga akhirnya, aku hamba.


#11

sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kami kembali.


#12

Tuhan.
aku serahkan segalanya padaMu.
aku kembalikan segala urusan kepadaMu.



.mms.

240715

nawra











Saturday 11 July 2015

halangan .

bismillah.

kerana keadaan keadaan tertentu di sini -- sedikit keterbatasan, jadi rindu Ramadhan di Malaysia. sangat.

Dan entah berapa kali disergap rasa -- bahawa Ramadhan tahun lepas lebih baik dari ini. berkali-kali lebih baik. dan keluhan yang entah ke berapa kali, terbersit lagi.


entah bagaimana, hari ini Allah bagaikan memberi jawapan, melalui lintasan kecil.


bahawa
Imam Syafie mampu menjadi seorang faqih yang agung, dikenali hingga kini. walau dahulunya dia hanya menulis dengan jarinya sebagai pen dan tapak tangannya sebagai kertas. kerana dia tak punya wang untuk peralatan peralatan itu.

bahawa
Besi dan ruang kecil penjara tak pernah menghalang S.Q untuk menulis tafsir Zhilal.
-- yang sehingga hari ini diguna pakai, diambil manfaat, dijadikan tempat rujuk.


tak cukup material bahkan yang asas -- pen dan kertas, tak menghalang Imam Syafie untuk menuntut ilmu, bahkan menjadi seorang faqih yang agung.

terkurung, bahkan terpenjara dalam keadaan yang selayaknya bagi penjara, tak menghalang S.Q menyumbang untuk ummat dan generasi selepasnya, bukan sumbangan kecil. bahkan terlalu besar.


semaklah diri
betapa lemahnya kita.

yang menjadi alasan kita itu selalu yang kecil kecil.

kurang duit saja, mampu melemahkan semangat kita.
cuaca panas, mampu membuat kita malas sepanjang hari.
tempat belajar kita tak sehebat orang, buat kita rendah diri.
terhalang dari ke masjid, mampu membuat ibadah kita hilang ruh.

betapa lemahnya jiwa kita.


belajarlah.

belajarlah menerima segala yang Tuhan tetapkan.
dan melakukan pengabdian yang terbaik dalam kadar kemampuan. semaksimanya.

belajarlah melihat pintu peluang yang masih terbuka luas
saat pintu yang kita ingin tuju, tertutup.

belajarlah mencium hujan dalam senyum,
walau saat itu, mentari yang kita harapkan.


kerana mukmin itu,
dicampak ke darat menjadi gunung.
dicampak ke laut menjadi pulau.

dia tak memilih tempat untuk dicampak.
tapi dia memilih untuk melakukan yang terbaik,
di manapun dia dicampak.


.mms.

  1449
110715
.nawra.



Tuesday 7 July 2015

Tuhan, cinta dan kita .

#1

Tuhan selalu menetapkan sesuatu dengan cinta
Kita saja yang selalu memilih dalam menerima

Tuhan tak pernah salah menetapkan
Kita saja yang selalu bersangka yang bukan bukan.

Dan kita kata, kita hamba.


#2

Carilah cinta Tuhan.

Andai kau punya itu
Kau punya segalanya.

Dan jika kau punya itu
Kau takkan memerlukan selain itu.


#3

Tuhan.

Kenalkan aku denganMu
Temukan aku dengan cintaMu

Lalu aku takkan meminta-minta, mengharap dan mencari selain dari itu
Kerana aku tak dicipta melainkan untuk itu.


070715
8.56 pm
Nawra



Thursday 2 July 2015

Pendosa.Ramadhan.dan Mesir.

bismillah.

untuk kita pendosa,

betapapun kita mahu kembali ke masa lalu
-- untuk kembali membuat pilihan
-- untuk tak memilih nafsu mengatasi iman.
-- untuk tak melakukan apa yang telah kita lakukan.
-- untuk menghapus 'history' yang tertampal pada galur masa hidup kita.

hakikatnya, selain mengambil pengajaran
kita tak pernah punya kuasa ke atas masa lalu.

hah.

dan betapapun kita meminta dan berkata
"andai saja aku diberi peluang untuk memulakan hidup sekali lagi."

itu, takkan pernah tercapai
kerana kita maklum, "hidup hanya sekali"

adapun hidup yang kali keduanya,
ialah 'hasil tuai' usaha dan amalan kita dalam hidup yang ini.

.

Tetapi kata Tuhan,
"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah."

selagi nyawa masih tak direngkuh keluar dari jasad,
selagi itu kita masih punya peluang
untuk membaiki silap-silap yang lalu
untuk merayu keampunan pada Yang Di TanganNya Keampunan Yang Luas.

.

Dan di bulan ini -- Ramadhan,
Tuhan memberi tawaran.
"sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan iman dan perkiraan,
diampunkan baginya dosa dosa yang lalu."


bukankah itu yang kita mahu?
pengampunan atas dosa dosa yang lalu.


andai benar kita mahu,
selidiklah usaha kita separuh Ramadhan yang telah berlalu
-- apa usaha telah maksimum ?

dan rancanglah dengan benar untuk beberapa hari berbaki yang akan tinggal
sebelum bulan ini pergi meninggalkan kita dengan dosa tak terampunkan.

.

kita tak pernah punya kuasa atas masa lalu.
yang kita mampu, 
bangun dan bergerak sekarang 
dan merancang masa depan yang bakal diberi pinjam. 

.

rindu Ramadhan di Malaysia
untuk bebas masuk masjid bila bila masa.

di Mesir
kebanyakan masjid ditutup
kecuali pada waktu solat yang lima.

tapi yang indah tentang terawihnya,
imam benar benar menghayati kalam Tuhan yang dilantunkan.

kalam yang benar benar memberi kesan,
akan diulang-ulang.

sebagaimana malam pertama Ramadhan,
diulang-ulang ayat

"siapakah yang lebih zalim dari orang yang menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut di dalamnya nama-namaNya .."


Mesir dan keadaanya.
selalu mengajar sabar yang tak mampu dipelajari di tempat selainnya.

Mesir dan keadaannya.
membuat aku merindu dan menunggu nunggu khilafah Islam untuk bertapak lagi.

dan kegemilangan itu
harus bermula dengan diri.

jiwa,
bangkitlah.


.mms.

020715
nawra.