Monday 5 January 2015

resah .


hati berkecamuk sejak awal pagi. entah kenapa. 

lalu dia mencari 'sesuatu'
buat menghilang resah.
cuba mencipta mood.

mandi, berharap badan kan segar, semangat kan tiba.

tapi semangat nak mulakan hari masih tak wujud.

dia solat dhuha. baca quran satu muka. tak mampu fokus. 
murajaah hafalan. masuk dua muka, dia stop.

muka kosong. hati berteriak."kenapa ni ?"

bukak tab. belek pdf. hati membaca patah patah perkataan, tapi otak tak mampu mencerna. tutup.

penyapu kecil yang tergantung, dia ambil. lalu tebongkok-bongkok dia menyapu karpet yang berdebu. 

butang phone ditekan. 10.52 a.m. kelas pukul 11, dah boleh gerak. jari laju menekan mencari nama ustaz di ruang contact. jumpa. dial. loud speaker. stokin disarung ke kaki. dua lapis. sejuk. 

ustaz bagitau, kelas batal. syeikh demam. 

ok. dan dia, dari kaki sampai kepala dah ready nak ke kelas. 

memang rasa kena keluar, hirup udara. cari 'sesuatu' di balik dunia. 

beg duit dan phone dicapai, lalu dimasukkan ke dalam poket winter coat putihnya. 


*******************************************************************

saatnya, hati tenang -- tiap lintasan hati, gerak tangan, langkah kaki .. 
tiap satunya terjadi dalam tenangnya hati.

dan selalu ada doa terakhir, "Tuhan, janganlah dicabut rasa ini". -- rasa paling dalam saat sujud, rasa dekat saat hati tak lepas dari monolog, minta kekuatan dan pertolongan dari Dia. saat yang ada dalam jiwa, cuma aku dan Dia. 

tapi, begitulah.
Iman selalu ada naik turunnya. 
hati selalu ada bolak baliknya. 
jiwa selalu punya sisi putih dan hitamnya. 

lalu ada masanya, jiwa terlalaikan kesibukan dunia. 
walau dengan urusan menuntut ilmu, dakwah, membantu dan sebagainya.

aku jadi bimbang ..
kalau dalam sibuk sibuk itu, hati lupa berhubung dengan Dia..
kalau sibuk sibuk itu, hasilnya kosong. 
wal 'iyazu billah .


resah resah yang hadir ini, mungkin isyarat dari Dia.
bahawa hati telah banyak hitam hitamnya.
bahawa banyak dosa yang tak tertaubat.
bahawa kita sudah selalu lupa pada Dia.

kan? :')

bayangkanlah.
andai hati terselimut kotor noda dosa.
dosa berlonggok tak terminta ampun.
hati telah terlalu jauh dari Dia.
-- tapi Dia masih kurniakan tenang. 

kalaulah begitu, 
kita takkan tersedar, 
bahawa ada sesuatu yang tak kena.

sebagaimana rasa sakit 
memberi kita signal 
bahawa ada yang tak kena pada badan .

begitulah, 
resah hati
memberi signal
bahawa ada sesuatu yang tak kena pada hati.

banyakkan istighfar. 


bila habis mencurah segalanya di sini,
baru teringat satu perkara.
-- bahawa ada doa yang selalu aku ulang-ulang suatu masa dulu

Tuhan,
khabarkanlah redha dan murkaMu lewat rasa hati.
tenangkanlah, pada perkara yang Engkau redha.
resahkanlah, pada perkara yang sebaliknya.

jangan biarkan aku tenang, mengira Engkau redha.
sedang hakikatnya Engkau murka.





:')

| 050115 |