Friday 5 June 2015

jujurlah .

bismillah.


tentang jujur.

sebelum ini, definisi diri sendiri tentang jujur secara ringkasnya, berkata benar.

tapi dalam minggu minggu terdekat, banyak perbincangan berkisar soal jujur. dan itu, membuka sudut pandang menjadi lebih luas.

bahawa jujur bukan takat pada kata, bahkan pada perbuatan -- tiap satunya.

entah bagaimana mahu disusun menjadi ayat. *heh*

hmm.
begini.

andai kita benar jujur pada diri sendiri,
kita akan melakukan apa yang kita janji,
walau yang tahu tentang janji itu, cuma diri sendiri.

dan yang lebih besar.
andai kita benar jujur pada Tuhan,
kita akan membenarkan janji,
walau apa yang terjadi.


dan ini berkait rapat dengan ihsan dan taqwa.


kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,
tanpa memerlukan manusia untuk melihat dan memuji.

kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,
kerana kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan janji, jujur dengan Rabb.

maka
'bersama manusia'
tak menjadi sebab kita berpura pura menjadi malaikat.

dan
'bersendiri'
tak menjadi sebab kita berani berbuat sesuka hati.


oh.
dan janji.
bukan hanya, "Tuhan, aku janji akan begini dan begini ..."


bahkan janji yang kita lafaz berkali kali sehari ,

"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan seluruh alam."

"hanya padaMu, kami sembah. dan hanya padaMu, kami mohon pertolongan."

dan baanyak lagi. teramat banyak.
kalau saja kita sedar apa yang kita lafaz tiap kali.
kalau saja kita sedar bahawa tiap satu itu janji.
kalau saja kita sedar bahawa tiap janji itu berat.

kalau saja kita sedar
bahawa kita perlu jujur pada janji, pada diri sendiri,
apatah lagi janji janji antara kita dan Tuhan.

benarkah,
'hidup kita untuk Tuhan' ?
atau untuk dunia?
atau untuk penuhi cita cita?
atau untuk penuhi hawa nafsu semata?

benarkah,
'hanya Dia, kita sembah?'
atau kita masih terlalu sering
-- lebih tunduk dan memilih dunia dan manusia,
berbanding Dia dan redhaNya?


ini, janji.
bukan antara kita dan manusia.
tetapi antara kita dan Pencipta.


jiwa,
ku seru

jujurlah.