Friday 22 May 2015

hayati tiap satunya .

bismillah.

"nantinya antunna akan rindu mesir, hatta udara dan debunya." - kak aisyah raudhah.

true.
walaupun masih di mesir, dan belum merasa. tapi hati tahu benar bahawa itu akan berlaku.

sebagaimana sekarang, rasa rindu malaysia dari sekecil kecil perkara hingga sebesar besarnya -- dari sos cili, drive hantar adik ke sekolah, hingga borak borak dengan umi di meja makan.

manusia memang begitu, kan ?

betapa waktu sekolah rendah, terlalu berharap zaman itu akan cepat cepat berlalu kerana ingin merasa bagaimana hidup sebagai seorang pelajar sekolah menengah, bagaimana menjadi dewasa.

dan bila sampai waktunya menjalani hidup sebagai pelajar sekolah menengah -- dengan tanggungjawabnya, dengan kelas dari pagi sampai petang ditambah cuti jumaat sabtunya, baru merasa alangkah indah zaman sekolah rendah, zaman kanak kanak. mampu berlari riang tanpa memikirkan masalah masalah seperti orang dewasa. hah.

bagaimana kita tak menghargai masa yang kita sedang lalui. tapi sibuk merindui, menyebut nyebut 'kalaulah masa itu boleh kembali' dan sibuk menanti nanti masa depan yang tak pasti.

lalu hiduplah kita terkurung dalam masa lalu dan masa depan,
leka dari menghargai saat yang ini.
sedangkan masa yang kita punya cuma masa yang kini.

hargailah masa yang ini.
di mana Tuhan meletakkan kita.
di situ ada sesuatu yang Dia sedia.

buat yang terbaik pada waktu ini, di sini.

agar nantinya bila kita perlu pulang
-- kita tak tertanya tanya apa yang kita dapat di sini.
-- kita tak minta diundurkan kembali masa
-- kita tak menyesal kenapa tak guna masa dan peluang yang ada sebaiknya.


begitu juga dengan hidup.

hiduplah dengan sebenar benar hidup.
agar mati itu bukanlah apa apa melainkan kerehatan.
dan kubur bukanlah apa apa melainkan persinggahan
sebelum Tuhan mengizinkan kita bersenang senang di syurga.


hah.
Tuhan, perkenankanlah.

:')

Wednesday 6 May 2015

be the master .

bismillah.


"be the master of yourself. not the slave of its commands."


*tarik nafas panjangpanjang* huh.

kita sepatutnya menjadi tuan kepada jiwa. bukan hamba. tapi terlalu sering, kita tertunduk akur pada keinginan jiwa. selalu. mungkin kerana itu, nafsu dalam jiwa jadi besar kepala, lalu teramat sukar untuk mengalahkan dia agar kembali kepada kedudukan asalnya, selaku hamba.



"you see, all wars in life come and go. however, the war in the soul will never end."

kita, masing-masing terlalu arif tentang peperangan yang selalu meletus dalam jiwa. kerana yang batil akan selalu menentang yang haq, bukan ? luaran begitu, dalaman juga begitu. bahkan, yang dalaman lebih sering berlaku, dan lebih perit. kerana itu, tak ramai yang berjaya bebas merdeka.

betapa kita selalu ada 'mahu' bebas merdeka dari belenggu syaitan dan nafsu. tetapi keperitan dan keinginan selalu membuatkan kita kalah selepas mengangkat pedang, bahkan sering juga kita mengaku kalah sebelum berjuang. hah, betapa jiwa lagi lemah.


“neraka itu dipagari dengan dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, 
manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.”

kerana syurga itu terlalu mahal.

diri yang menulis ini juga, selalu betarung jiwanya. bahkan kalahnya terlalu sering.
tetapi sungguh, dia bercita-cita untuk bebas merdeka.


ayuhlah.
kita sama-sama.
:')


p/s : keluar isu ini, kerana sebelumnya,saya menonton ini. :)