Monday 4 January 2016

bercerita

bismillah.

ada waktu-waktunya, kita sendiri tak arif, apa masalah yang kita hadapi, sebenarnya.
cuma tahu bahawa kepala dan hati lagi berat menanggung beban.

dan indahnya bercerita kepada Tuhan, Dia mengetahui lebih dari apa yang kita adukan.
Dia mengetahui masalah yang kita adukan, bahkan sebelum hati tergerak untuk mengadu.
saatnya hati terlalu sebak hingga mulut tak mampu mengungkap patah-patah kata, dan yang menceritakan cuma air mata, Dia masih tetap memahami apa yang kita cuba sampaikan.

bahkan Dia tahu benar jalan penyelasaiannya.
dan masih, Dia sudi untuk mendengar.
kerana kadang, lemahnya manusia, dia cuma mahu didengari.

didengari walau tanpa solusi - mungkin kerana belum sampai masanya - tetap meringankan beban.


kerana itu,
nikmat yang paling besar itu,
ialah punya Allah sebagai Rabb.

Dia Maha Mengetahui, tetapi Dia masih sudi Mendengar.
Dia Maha Kuasa, tetapi Dia gemar bila hambaNya meminta.
:')



من ذا الذي سأل الله فلم يعطه
ومن ذا الذي يدعو الله فلم يجبه
ومن ذا الذي توكل عليه فلم يكفه

أليس الله بكاف عبده؟

بلى وربي


nawra.
0148  
050116