Monday 19 September 2016

Tempang .





Jiwanya letih menanggung beban,
Masih, kaki tempangnya dia heretkan menuju Tuhan.

Cuma satu harapannya,
Moga Tuhan - dengan kasih sayangNya, masih sudi tersenyum
Menerima langkahnya yang jauh dari sempurna

Moga Tuhan
Masih dan akan terus sudi memilih kakinya
Menjadi antara kaki yang distabatkan Tuhan
Pada jalan yang paling Dia cintai, yang paling Dia redhai

Moga Tuhan
Nantinya sudi memilih kaki tempangnya
Menjadi antara kaki-kaki yang dirahmati
Diizinkan menjejak syurga yang penuh kenikmatan.
.
.
Walau tempang, 
Tsabatkan dan redhakanlah, ya Rabb.

Allahumma amiin 



saatnya tak lagi kuat menanggung beban,
menangislah di hadapan Tuhan, sayang.

mengaku lemah di hadapanNya
adalah salah satu sumber kekuatan kita, bukan ?


***
dan kamu masih ..
menjadi nama yang aku doakan.


1656  
190916

Monday 5 September 2016

Akankah kita kuat ?

Seringkali aku tertanya
Apakah aku dan kamu
Akan kuat dan sabar hingga ke penghujungnya ?

Atau
Apakah akan sampai suatu masa
Salah seorang dari kita merasa lelah di tengah-tengah
Lalu kita mengangkat tangan menyerah,
Tak lagi mahu saling memperjuangkan ?

Betapa aku mahu menyalurkan kekuatan
Agar kamu kuat melalui satu-persatu liku-liku perjalanan

Walau hakikatnya, aku lah yang paling sering
Merasa tak lagi punya kudrat untuk bertahan

Kalaulah bukan kerana Tuhan masih sudi
mengukuhkan langkah kaki
Mungkin aku tak lagi di sini

***

Untuk saat ini ..
Aku cuma mampu mendoakan
Agar kamu diberi kekuatan dan kesabaran
Sebagaimana aku mendoakan doa yang sama untuk diri sendiri
-- betapapun hakikatnya, aku mahu melakukan lebih dari 'sekadar mendoakan'

Dan aku benar-benar mahu terus berharap dan percaya
Bahawa doa akan benar-benar cukup dan mencukupi kita

Aku percaya
Sampai masanya,
Tuhan akan mengijabah satu persatu
-- Doa aku dan kamu

Untuk sampai ke saat itu
Moga-moga Tuhan benar-benar menguatkan

:')


  2114
050916

Madinat Nasr, Cairo

Saturday 23 July 2016

Episod cerita kita

Bismillah ..



Sebagaimana cerita kita sebelum ini disusun atur oleh Tuhan,
serahkanlah episod-episod cerita kita seterusnya untuk juga diurus oleh Dia.


وعلى الله فليتوكل المؤمنون



zohor 230716,
Tanjung Mas.




**
dan mudah untuk hati berkata-kata

sedang yang bertarung itu jiwa
terkadang menang terkadang kalah

huh

biar lelah
jangan mengaku kalah

Sunday 12 June 2016

' Tinggi '





"Ana letak harapan tinggi pada enti"

"Ana tak suka orang letak harapan tinggi-tinggi kat ana.
Berat. Ana tak mampu."

"Sebab enti letak 'tinggi' tu pada istilah manusia. 
Sebab tu enti rasa tak mampu. Istilah tinggi ana lain"

 ... 

"Hidup ni neraca dia bukan pada apa manusia pandang
Bagi ana, selagi ana rasa Tuhan pandang ana masih dalam rahmat, ana tak gagal"

*the rest is history*



Tuhan ..
cukupkanlah aku
dengan hanya mencari redhaMu



130616

Thursday 9 June 2016

noktah-noktah buat jiwa

bismillah ..


#1

"Apa akan jadi pada manusia yang hidupnya ditimpa ujian demi ujian?"

"Dia akan menjadi seorang yang gigih."

"Dia akan jadi orang yang jumud dan tidak kreatif.
Melainkan, ujian itu dilihat sebagai peluang."




#2

"Apakah yang berlaku jika kau jemu untuk berjuang,
Dan kau lemparkan dari bahumu segala senjata,
Siapakah yang akan ubati luka para tentera di medan perang,
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?" 


-Syed Qutb rahimullahu 'alaih. 




090616

Wednesday 8 June 2016

Antara cacat dan sempurna .





tak perlu terlalu memaksa diri untuk menjadi sempurna
kerana hakikatnya, kita manusia yang punya cacat cela.

     090616        





kita memang perlu berusaha meningkatkan diri
semaksimum yang kita mampu

cuma kadang,
kesempurnaan yang menjadi obsesi
mampu membuat jiwa yang tempang, jatuh berkali-kali.

maka antara impian dan kemampuan,
seimbangkan.

maka dalam mengimpi dan berharap
perlu diselit sedar bahawa kita manusia yang punya lemahnya
kalau nanti apa yang kita mahukan tak tergapai,
kita tak terlalu teruk menyalahkan diri sendiri.

maka dalam mengimpi dan berharap
tugas kita cumalah cuba menyempurnakan usaha
selebihnya minta, sandarkan dan serahkan sepenuhnya pada Dia.



antara yang perlu diulang ingat,

"just do the best you can. no one can do more than that."

pilihan dan kerumitannya .



bismillah ..






betapa dia berharap untuk menjadi seorang yang mampu membuat pilihan dengan mudah.
kalau-kalau pertimbangannya cuma antara keredhaan Tuhannya dan kemahuan dirinya.

tapi selalu dan sering, dia amat sukar membuat pilihan.
kerana dia tak pernah berjaya melepaskan diri dari memikirkan kesan tindakan dan pilihannya atas setiap orang di sekelilingnya.



hah.
jiwa, kerumitan dan kelemahannya
serta perjuangan melenturnya.



Tuhan ..

untuk setiap ujian,
kurniakanlah aku basirah
untuk melihat hikmah di baliknya
dan dari situ, aku bisa belajar sebarang dua

untuk setiap pilihan,
pimpinlah gerak hati, tangan dan kaki
untuk memilih yang paling Engkau redhai
lalu menjadi yang bermanfaat untuk sekelilingnya
lalu memberi natijah terbaik untuk dua tempatnya,

Dunia dan Akhirat.






اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
 وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي , وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
 وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ , وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ




yusro      
pg, 090616


Saturday 4 June 2016

Ramadhan .





Oh Ramadhan come forth,
for the hearts are ill.





Selamat datang, Ramadhan ..

moga menjadi wasilah buat hamba
-- yang mahu mendekatkan diri kepada Tuhannya
-- yang mahu menyucikan hatinya yang bergelumang dosa
-- yang mahu kembali kepada Tuhan yang memiliki jiwanya
-- yang mahu membasahkan jiwa yang kering dan haus dek dunia
-- yang mahu menyampaikan hajat-hajatnya kepada Yang Maha Berkuasa



Tuhan ..
bantulah kami memanfaatkan Ramadhan
yang padanya Engkau penuhi dengan Rahmat dan KeampunanMu.

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك



كن ربانيا ولا تكن رمضانيا

pg, 29 Sha'ban 1437 H
   Yusro              


sabar dalam merindu .




Belajarlah untuk sabar dalam menunggu
Belajarlah untuk sabar dalam merindu


tanpa mempersiakan detik penantian
tanpa mempersoal panjang mana lagi perjalanan.

-mms-






benar-benar lagi belajar tentang ini.

ulangan untuk entah kali yang ke berapa.


biarlah
ulanglah seberapa kali yang kau mahu dan perlu

biar benar-benar membekas dalam jiwa
hingga perkara yang hari ini merupakan satu pertarungan jiwa
suatu saat mampu melahirkan hati yang tabiatnya tegar, tak mudah lagi goyah

bi iznillah.
:')


counting days
ya Allah, sampaikanlah ..


050616

c a h a y a





Belajar mencintai kelam
Saat kita mengharapkan cahaya

kerana dari kelam
kita mengenal apa itu cahaya

:)




percaya
bahawa cahaya akan ada



pg 050616

Saturday 16 April 2016

cukuplah ke langit

Hati penuh harap
tangan kecil tak tergapai

Sebelum sampai masanya,
biarkanlah ia lepas bebas

Hingga sampai saatnya
-- Tuhan tetapkan ketentuan pasti
Cukuplah hanya Doa

Biar jadi rahsia di langit tinggi
Kelak kalau dikabulkan,
Kau akan tahu apa yang dulu aku doakan
Kalaupun tak dikabulkan 
Moga menjadi bukit kebaikan di hari pembalasan

Selama Dia tahu
dan Dia mengerti
Segala doa dan harapku
-- Sungguh, itu cukup


-150416-

Monday 4 January 2016

bercerita

bismillah.

ada waktu-waktunya, kita sendiri tak arif, apa masalah yang kita hadapi, sebenarnya.
cuma tahu bahawa kepala dan hati lagi berat menanggung beban.

dan indahnya bercerita kepada Tuhan, Dia mengetahui lebih dari apa yang kita adukan.
Dia mengetahui masalah yang kita adukan, bahkan sebelum hati tergerak untuk mengadu.
saatnya hati terlalu sebak hingga mulut tak mampu mengungkap patah-patah kata, dan yang menceritakan cuma air mata, Dia masih tetap memahami apa yang kita cuba sampaikan.

bahkan Dia tahu benar jalan penyelasaiannya.
dan masih, Dia sudi untuk mendengar.
kerana kadang, lemahnya manusia, dia cuma mahu didengari.

didengari walau tanpa solusi - mungkin kerana belum sampai masanya - tetap meringankan beban.


kerana itu,
nikmat yang paling besar itu,
ialah punya Allah sebagai Rabb.

Dia Maha Mengetahui, tetapi Dia masih sudi Mendengar.
Dia Maha Kuasa, tetapi Dia gemar bila hambaNya meminta.
:')



من ذا الذي سأل الله فلم يعطه
ومن ذا الذي يدعو الله فلم يجبه
ومن ذا الذي توكل عليه فلم يكفه

أليس الله بكاف عبده؟

بلى وربي


nawra.
0148  
050116