Seringkali aku tertanya
Apakah aku dan kamu
Akan kuat dan sabar hingga ke penghujungnya ?
Atau
Apakah akan sampai suatu masa
Salah seorang dari kita merasa lelah di tengah-tengah
Lalu kita mengangkat tangan menyerah,
Tak lagi mahu saling memperjuangkan ?
Betapa aku mahu menyalurkan kekuatan
Agar kamu kuat melalui satu-persatu liku-liku perjalanan
Walau hakikatnya, aku lah yang paling sering
Merasa tak lagi punya kudrat untuk bertahan
Kalaulah bukan kerana Tuhan masih sudi
mengukuhkan langkah kaki
Mungkin aku tak lagi di sini
***
Untuk saat ini ..
Aku cuma mampu mendoakan
Agar kamu diberi kekuatan dan kesabaran
Sebagaimana aku mendoakan doa yang sama untuk diri sendiri
-- betapapun hakikatnya, aku mahu melakukan lebih dari 'sekadar mendoakan'
Dan aku benar-benar mahu terus berharap dan percaya
Bahawa doa akan benar-benar cukup dan mencukupi kita
Aku percaya
Sampai masanya,
Tuhan akan mengijabah satu persatu
-- Doa aku dan kamu
Untuk sampai ke saat itu
Moga-moga Tuhan benar-benar menguatkan
:')
2114
050916
Madinat Nasr, Cairo
No comments:
Post a Comment