Thursday 2 July 2015

Pendosa.Ramadhan.dan Mesir.

bismillah.

untuk kita pendosa,

betapapun kita mahu kembali ke masa lalu
-- untuk kembali membuat pilihan
-- untuk tak memilih nafsu mengatasi iman.
-- untuk tak melakukan apa yang telah kita lakukan.
-- untuk menghapus 'history' yang tertampal pada galur masa hidup kita.

hakikatnya, selain mengambil pengajaran
kita tak pernah punya kuasa ke atas masa lalu.

hah.

dan betapapun kita meminta dan berkata
"andai saja aku diberi peluang untuk memulakan hidup sekali lagi."

itu, takkan pernah tercapai
kerana kita maklum, "hidup hanya sekali"

adapun hidup yang kali keduanya,
ialah 'hasil tuai' usaha dan amalan kita dalam hidup yang ini.

.

Tetapi kata Tuhan,
"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah."

selagi nyawa masih tak direngkuh keluar dari jasad,
selagi itu kita masih punya peluang
untuk membaiki silap-silap yang lalu
untuk merayu keampunan pada Yang Di TanganNya Keampunan Yang Luas.

.

Dan di bulan ini -- Ramadhan,
Tuhan memberi tawaran.
"sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan iman dan perkiraan,
diampunkan baginya dosa dosa yang lalu."


bukankah itu yang kita mahu?
pengampunan atas dosa dosa yang lalu.


andai benar kita mahu,
selidiklah usaha kita separuh Ramadhan yang telah berlalu
-- apa usaha telah maksimum ?

dan rancanglah dengan benar untuk beberapa hari berbaki yang akan tinggal
sebelum bulan ini pergi meninggalkan kita dengan dosa tak terampunkan.

.

kita tak pernah punya kuasa atas masa lalu.
yang kita mampu, 
bangun dan bergerak sekarang 
dan merancang masa depan yang bakal diberi pinjam. 

.

rindu Ramadhan di Malaysia
untuk bebas masuk masjid bila bila masa.

di Mesir
kebanyakan masjid ditutup
kecuali pada waktu solat yang lima.

tapi yang indah tentang terawihnya,
imam benar benar menghayati kalam Tuhan yang dilantunkan.

kalam yang benar benar memberi kesan,
akan diulang-ulang.

sebagaimana malam pertama Ramadhan,
diulang-ulang ayat

"siapakah yang lebih zalim dari orang yang menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut di dalamnya nama-namaNya .."


Mesir dan keadaanya.
selalu mengajar sabar yang tak mampu dipelajari di tempat selainnya.

Mesir dan keadaannya.
membuat aku merindu dan menunggu nunggu khilafah Islam untuk bertapak lagi.

dan kegemilangan itu
harus bermula dengan diri.

jiwa,
bangkitlah.


.mms.

020715
nawra.

No comments:

Post a Comment