Saturday 11 July 2015

halangan .

bismillah.

kerana keadaan keadaan tertentu di sini -- sedikit keterbatasan, jadi rindu Ramadhan di Malaysia. sangat.

Dan entah berapa kali disergap rasa -- bahawa Ramadhan tahun lepas lebih baik dari ini. berkali-kali lebih baik. dan keluhan yang entah ke berapa kali, terbersit lagi.


entah bagaimana, hari ini Allah bagaikan memberi jawapan, melalui lintasan kecil.


bahawa
Imam Syafie mampu menjadi seorang faqih yang agung, dikenali hingga kini. walau dahulunya dia hanya menulis dengan jarinya sebagai pen dan tapak tangannya sebagai kertas. kerana dia tak punya wang untuk peralatan peralatan itu.

bahawa
Besi dan ruang kecil penjara tak pernah menghalang S.Q untuk menulis tafsir Zhilal.
-- yang sehingga hari ini diguna pakai, diambil manfaat, dijadikan tempat rujuk.


tak cukup material bahkan yang asas -- pen dan kertas, tak menghalang Imam Syafie untuk menuntut ilmu, bahkan menjadi seorang faqih yang agung.

terkurung, bahkan terpenjara dalam keadaan yang selayaknya bagi penjara, tak menghalang S.Q menyumbang untuk ummat dan generasi selepasnya, bukan sumbangan kecil. bahkan terlalu besar.


semaklah diri
betapa lemahnya kita.

yang menjadi alasan kita itu selalu yang kecil kecil.

kurang duit saja, mampu melemahkan semangat kita.
cuaca panas, mampu membuat kita malas sepanjang hari.
tempat belajar kita tak sehebat orang, buat kita rendah diri.
terhalang dari ke masjid, mampu membuat ibadah kita hilang ruh.

betapa lemahnya jiwa kita.


belajarlah.

belajarlah menerima segala yang Tuhan tetapkan.
dan melakukan pengabdian yang terbaik dalam kadar kemampuan. semaksimanya.

belajarlah melihat pintu peluang yang masih terbuka luas
saat pintu yang kita ingin tuju, tertutup.

belajarlah mencium hujan dalam senyum,
walau saat itu, mentari yang kita harapkan.


kerana mukmin itu,
dicampak ke darat menjadi gunung.
dicampak ke laut menjadi pulau.

dia tak memilih tempat untuk dicampak.
tapi dia memilih untuk melakukan yang terbaik,
di manapun dia dicampak.


.mms.

  1449
110715
.nawra.



No comments:

Post a Comment