Wednesday 25 December 2013

sandarkan harapan dan impian, padaNya :)




Dear, hati.
Aku tahu.
Kau, punya harapan.
Kau, punya impian.
Yang kau sangat inginkan.
Hingga, kau takut kalau-kalau segalanya itu tak kesampaian.
Sangat takut.

Tapi, percayalah, hati.
Tuhan Maha Tahu
Dia tahu benar keinginanmu.
Tuhan Maha Mendengar 
Dia mendengar doamu
Bahkan tiap suara hatimu

Namun, perlu juga kau tahu.
Kita ini, insan lemah.
Yang buas nafsunya.
Yang cetek ilmunya.

Mungkin sahaja
Harapanmu itu,
Cuma dorongan nafsu.
Atau.
Mungkin saja.
Impianmu itu,
ialah suatu yang buruk buatmu.
Tapi engkau tidak tahu.
Lantaran ceteknya ilmu.

Kerna kelemahan itulah, diri.
sandarkanlah harapan dan impianmu pada Ilahi.
sandarkan dengan rasa percaya.
Dia.
Tidak pernah mengecewakan hambaNya.















Kerna Dia.
Tidak menetapkan sesuatu.
melainkan padanya wujud 1001 hikmah dan kebaikan.

Oleh itu,
Serahkanlah segalanya pada Ilahi.
Impianmu.
Harapanmu.
Dia tahu.
Benar-benar tahu.

Dia akan memakbulkan segala impian dan harapanmu itu.
Andai itu ialah baik bagimu.

Namun.
Andai kelak, engkau dapati.
Apa yang engkau hajati, tidak menjadi realiti.
Itu.
Bukan kerna Dia tidak mendengar.
Bukan juga kerna Dia tidak mahu memakbulkannya.
Bukan.
Tapi kerana, Dia tahu apa yang lebih baik untukmu.
Atau.
Dia menyuruhmu 'tunggu. Ada hadiah yang lebih istimewa buatmu.'




















Oleh itu, aku mahu kau yakin dan percaya.
Apapun keputusanNya.
Apapun takdirNya.
Itulah yang terbaik.
Tiada satupun yang sia-sia.
Tiada.
Setiap satu punya tujuannya.
Setiap satu punya hikmahnya.

Maka.
Apapun yang terjadi kelak,,
Terimalah dengan lapang dada.
Redha.

Moga Dia juga redha kepadamu.
(:

# hati.
ketahuilah bahawa.
aku sedang mempersiapkan kamu.

andai apa yang kau ingin, menjadi kenyataan.
Aku ingin kau tahu, itu nikmat dari Tuhan.
maka, sambutlah ia dengan sujud penuh kesyukuran.
Dan.
andai apa yang kau ingin, tidak kesampaian.
Aku ingin kau tahu, itu ujian.
Dan.
aku ingin kau menyambut ujian itu.
dengan senyum dan lapang dada.
mendongak ke dada langit.
"Tuhan. aku tahu ini ujian. bantu aku lulus ujian ini, ya Allah :)"

aku ingin.
ingin sekali engkau mampu menjadi seperti itu

:)

1 comment: