Saturday 21 December 2013

. Rindu .















log in muka buku.
jenguk notification.
di'tag' orang.
klik.

'mengapa perlu ada perpisahan?? sedang kita sangat memerlukan.'
begitulah lebih kurang ayatnya.
dan saya di'tag' kerana dia mahu sedikit pendapat.

setelah membaca luahan dia,
perkara pertama yang terjadi,
bibir mengukir senyum tanpa sedar.
:)

aku juga.
merasa apa yang kamu rasa, sahabat.
selalu rasa.

rindu.
*jangan fikir bukan-bukan. ini. tiada kaitan dengan merindu kepada yang-namanya-orang-yang-tidak-berhak-dirindu. eh. i.allah. dan moga, Tuhan pelihara hati kita, dari perkara itu. amin.*

sungguh.
rindu itu biasa.
rindu kepada segala pahit manis yang kita lalui,
bersama insan-insan yang memenuhi memori.
yang membantu kita mencalit sedikit corak pada kanvas hidup kita,
mengindahkan lagi lukisan yang sedia ada.

dan.
rindu ini cuma hadir,
setelah insan, juga saat masam-masin-manis-pahit-kelat itu pergi.
setelah saat itu berlalu.
setelah insan-insan itu, meninggalkan kita di sini. sendiri.

mengapa perlunya perpisahan??
mengapa??
aku senang dia bersamaku di sini.

sahabat.
ini kehidupan dunia.
aku punya kehidupan aku.
dan kamu punya kehidupan kamu.

aku perlu meneruskan langkahku.
dan kamu juga perlu meneruskan langkahmu.

suatu saat dulu, kita pernah bersama.
menelusuri jalan yang sama.
berpimpin tangan.
bersama-sama.



















tapi kini,
aku memilih jalan ini.
dan kamu memilih jalan itu.

ketahuilah.
jalan kita tidak akan selalunya sama.
kerana hakikatnya kita insan berbeza.
jalan cerita kita berbeza.

tapi, ingatlah satu perkara.
andai destinasi kita sama,
redha dan syurgaNya.
maka,
janganlah kamu gundah.
kerna kita akan ketemu lagi di syurga sana.
bergembira.
dengan sebenar-benar hakikat bahagia.
dan.
ketahuilah bahawa di sana.
berpisah, tiada.

maka,
sahabat.
teruskanlah langkahmu.
dan aku juga akan terus melangkah.
dengan izinNya.

kita mungkin berpisah haluan.
tapi moga do'a menjadi jambatan hati-hati kita.

do'akanlah, sahabat.
agar kita sampai ke destinasi yang kita tuju, bersama-sama.

cintailah jalan kehidupan kamu saat ini.
kerna aku juga ingin belajar mencintai jalanku ini.
jalan yang Dia takdirkan aku padanya.

lakukanlah yang terbaik dalam menggapai redhaNya.
dengan izinNya, kita ketemu lagi di sana.

:)

# ini. buat kamu. yang bergelar sahabat.

No comments:

Post a Comment