Monday 23 December 2013

Apa pun ia. Mintalah pada Dia.











saat kau sedih,
mengadulah pada Dia.
Dia sentiasa ada.
tidak pernah jauh.
sentiasa mendengar.

saat kau merasakan engkau sendiri,
carilah Dia dalam hati.
nescaya kau mengerti,
kau tidak pernah sendiri.

saat kau merasa tidak mampu,
mintalah kepada Dia.
kerana sesungguhnya,
Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

saat kau merasa tiada bagimu jalan keluar.
tadahlah tanganmu.
rendahkan hati.
mengadu padaNya.
nescaya engkau dapati,
Tuhan itu, 
tidak pernah mendatangkan halangan,
kecuali padanya ada jalan keluar.
Tidak pernah mendatangkan kesusahan,
kecuali bersamanya ada kesenangan.

Tuhan itu sentiasa ada untuk kita.
tapi kita sering mengabaikan Dia.
mencari manusia.
bukan Dia.
padahal kita tahu sebenarnya,
tiadalah yang menetapkan sesuatu.
tiadalah yang dapat mengubah sesuatu.
kecuali Dia.




















untungnya kita punya Dia sebagai Tuhan dan Tuan.
tidak pernah meninggalkan kita, hambaNya.
berjanji akan memakbulkan setiap permintaan kita kepadaNya.
tapi.
aku juga tidak tahu di mana silapnya.
hingga kita masih meminta kepada selainNya.

:'(

No comments:

Post a Comment