Friday 27 December 2013

semustahil apa pun ia, usahalah sehabis daya.

bismillah.

Siti Maryam.
seorang gadis suci.
terpelihara dari lelaki ajnabi.

Namun, Allah menghendaki.
dari rahimnya yang suci,
dilahirkan seorang nabi.

betapa hebatnya tohmahan.
diterima dengan kesabaran.
sesungguhnya, dia insan pilihan.
untuk diuji Tuhan.

saat ingin melahirkan..

dengan segala kelemahan,
dan kesakitan yang ditanggung sendirian,
saat tiada lagi kekuatan ..

Tuhan mengarahkan,
agar batang tamar yang menjadi sandaran digoncangkan.

batang tamar itu,
andai digoncang digoyang lima orang lelaki,
belum tentukan jatuh buahnya.
dan dia, Maryam.
seorang perempuan.
sendirian.
lagi dalam kesakitan.
kelemahan.
diarahkan Tuhan.
agar batang tamar itu digoncangkan.

bisa sahaja Tuhan memberi secara percuma.
namun, Dia ingin mengajar kita.
erti USAHA.

Tuhan mengajar kita.
semustahil apa pun ia,
usahalah sehabis daya.

kerna hakikatnya,
HASIL kepada usaha,
ialah pemberianNya, sebenarnya.
bukan kerana usaha kita semata.

maka,
apa pun ia.
semustahil mana pun ia.
usahalah sehabis daya.
mintalah pada Dia.
kerana.
di sisi Dia,
istilah 'mustahil' itu,
TIADA.

(kredit)















(:
11.13 am
27.12.13
Kota Bharu, Kelantan.



#kisah ini, dikongsikan kepada seorang sahabat, beberapa malam sebelum STAM. 
saat kami kurang keyakinan. berkongsi through messages.
cuma bercerita. bukan begini ayat-ayatnya.
the rest is history.
:') 

4 comments:

  1. subhanallah..
    rse nostalgik habis da ni..
    dgn lagu die..
    pergh..
    keep it up syida..!~
    :)

    ReplyDelete
  2. Touched. Rindu awak. Sangat. :'(

    ReplyDelete
  3. :)
    rindu awak jugak.
    jangan lupa balik, tahun depan.
    kan dah janji,, nak balik tiap tahun.. :D

    ReplyDelete