Bismillah.
#1
Anak-anak itu masih mampu tersenyum lebar, ketawa riang
menghulurkan gula-gula pada setiap penumpang bas. Tak menangisi kaki mereka
yang tak berselipar, baju mereka yang comot, rambut mereka yang tak bersikat. Entah
berapa umur mereka, entah bersekolah, entah tidak. Aku tak punya jawapan untuk
itu.
Yang menarik perhatian aku, dengan keadaan mereka sebegitu,
mereka masih saja tersenyum indah, ketawa riang.
“tetaplah begitu, sayang. Teruslah tersenyum menghadap
hari-hari akan datang yang mungkin akan menjadi lebih sukar. aku juga mahu, menjadi
seperti kalian -- menghadap hari-hari akan datang, mendepani dunia dan manusia
yang kadang terlalu banyak ragamnya, dengan senyum dan ketawa sepertimana
kalian.”
#2
Pintu pagar jami’ah dihampiri. Pandangan dialih ke kiri. Seorang
pak cik berdiri dengan kotak di tangan, berisi peket-peket tisu. Menawarkan kepada
kami barang jualannya, sambil mendoakan moga kami termasuk orang yang berjaya.
“amin.amin. moga Allah memberkatimu, pak cik.”
tiap dari kita, memang punya bidang struggle yang
tersendiri, Kan?
Sebagaimana anak-anak kecil berkaki ayam itu berusaha
mendapatkan segenih dua melalui jualan gula-gula. Sebagaimana pak cik itu
berusaha mencari duit melalui jualan tisu awal-awal pagi pada musim sejuk.
Sebagaimana ada antara kita yang masih struggle, belajar untuk
bangun beberapa minit sebelum subuh. Sebagaimana ada antara kita yang masih
belajar untuk mencium hujan yang dikurnia Tuhan, walau sinar mentari yang
diharapkan. Sebagaimana ada antara kita yang mencuba untuk melawan nafsu,
memenuhkan masanya dengan perkara bermanfaat, saat masyarakat lagi leka dengan
pelbagai hiburan. Sebagaimana ada antara kita yang perlu melawan
perkara-perkara yang tak disukai untuk matlamat yang lebih besar. Dan. Sebagainya..
Lalu.
Saat kita merasakan jalan kita sukar,
Tebarkanlah pandangan ke sekeliling.
Akan kita temui hakikat ..
Ternyata masih ramai,
Yang ujiannya lebih berat.
Ternyata,
Ujian kita ini bukanlah apa-apa
Jika dibanding dengan mereka.
Teruslah memerhati, berfikir, dan belajar dari kehidupan.
Nescaya dalam sesak sesak, simpang siurnya dunia,
Kan tertemu di baliknya pengajaran dan hikmah yang besar.
Bi iznillah.
:’)
Ada sebab, mengapa kita di sini.
Ada sebab, mengapa baru saat ini.
Ada sebab, mengapa ditetapkan begini.
Tiap satunya punya sebab dan hikmah tersendiri.
Kerana dalam kamus muslim, istilah ‘kebetulan’ itu,
TIADA.
Kerana kami yakin dan percaya,
Tiap satunya diatur Tuhan Yang Maha Teliti
PerancanganNya.
*percaya, berakar umbilah dalam jiwa !
.251114.
No comments:
Post a Comment