Sunday 29 March 2015

dari hidup, kita belajar .

dalam hubungan dengan manusia,
ada satu formula yang cuba diulang tanam dalam hati ;

bahawa layanan, nasihat dan apa yang kita berikan untuk manusia,
itu ialah hak mereka, dan tanggungjawab kita.

berikanlah yang terbaik, laksanakan tanggungjawab dengan cara paling indah.
kerana Tuhan menilai. dan akan mengganjari sebaiknya, tanpa menzalimi sedikitpun.

memberi, dengan mengaharapkan ganjaran dari Tuhan.
kerana manusia tak selalu tahu dan mampu menghargai.

kata orang ; "what u give, u get back."

kiranya, apa yang kita berikan kepada orang lain, itulah yang akan kita terima.
lalu kita mengharapkan manusia akan berbuat baik, bila kita berbuat baik.
dan kita mengharap agar selalu begitu.

tapi dunia yang penuh kekurangan ini tak selalu begitu --
tak semua manusia mampu dan tahu menghargai
dan membalas kebaikan dengan kebaikan.

tapi dengan berbuat baik, kita akan mendapat salah satu kebaikan ;
samada dibalas dengan kebaikan melalui manusia di dunia,
Atau Allah menyimpan ganjaran yang berganda untuk kita di syurga.

buat baik, hasilnya pasti baik. jika niatnya baik.
cuma ada yang dibalas dengan balasan segera di dunia .
atau kita harus bersabar di dunia dan terkejut dengan indahnya balasan yang disediakan di syurga.

bahkan,
andainya kita tahu persis apa indahnya balasan di akhirat,
kita takkan meminta ganjarannya di dunia.
tapi kita minta semuanya dikumpulkan dalam simpanan akhirat.

berbuat baik,
dengan keyakinan "baik dengan niat yang baik, balasannya pasti baik."
bi iznillah.

:')


290315

No comments:

Post a Comment