Thursday 19 March 2015

ayat cinta [94 : 7] .



"kalau prioriti orang yang biasa biasa berkisar pada perkara harus,
prioriti kita seharusnya berkisar pada perkara wajib." - ummu huda.

kerana bila kepala terpenuhkan benda benda wajib,
tak tersempat benda benda harus nak menyelit.

sebab dunia tak lama pun.
masa tak panjang pun.

kut duk sibuk dengan yang harus,
lalu mati datang menjemput
dan bekal masih ciput.
na'udzubillah.

dalam --
padatnya masa
lelahnya jiwa
sesaknya kepala,
aku mohon, dijagakan niatnya.
moga tiap satunya, Tuhan redha.

sungguh.
aku takut.
lelah lelah kita, kosong.
hanya kerana hati.

jagakan
ikhlas dan tunduk hati.

moga tiap --
gerak tangan,
langkah kaki
kerut dahi .
ada ganjaran untuk tiap satunya
di taman syurga nanti.


"suatu masa nanti, kita akan rindu saat saat susah ni." - M.
kerana susah susah inilah yang ternyata, menguatkan.


"maka, apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), 
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)."
[94 : 7]

kredit ; google

agar nanti kita mampu berkata,
'Tuhan, kami dahulu telah berlelah lelah'

:')

.nahdhoh.
.190315.

No comments:

Post a Comment